Monday, February 4, 2013

Aku Ingin Tenang, Bebas dan Bahagia!!!

Alhamdulillah hari ini walaupun jadual sedikit packed, Allah bagi juga kesempatan untuk dengar tazkirah berbentuk motivasi (taujihat) dari IKIM. So, aku nak berkongsi lah apa yang aku dapat dari slot bersama Dr Muhaya dalam IKIM.fm tadi dengan tambahan beberapa point aku sendiri:

Ketenangan, Kebebasan, Kebahagiaan

Aku ingin tenang, bebas dan bahagia!!!
Semua orang inginkan ketenangan, kebebasan dan kebahagiaan diri. Pelbagai cara mereka lakukan demi mencapai ketiga-tiga elemen penting untuk diri mereka itu tetapi berapa ramai yang betul2 dapat mencapai elemen2 tersebut? Bahkan ada yang "tertipu" bahawa mereka telah pun capai ketenangan, kebebasan dan kebahagiaan itu.


Yang selalu orang buat dalam usaha memperolehnya ialah dengan meletakkan pengharapan kepada orang lain yang mana akhirnya bila apa yang diharapkan itu tidak diperoleh, orang lain yang selalu disalahkan. Sebaliknya, apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah memberikan kepada orang lain apa yang kita inginkan itu. Bak kata orang putih, "Do unto others, what you would want others do unto you".

Sorry, gambar tidak menutup aurat pula..uhu
1. Kalau kita nak hati tenang, kita sendiri kena tenangkan hati kita. Kalau kita rasa tak puas hati dengan orang lain, itu bermakna kita sendiri yang ada sifat2 negatif dalam diri. Itu tanda kita tidak berlapang dada dengan orang lain.
2. Kalau kita rasa tak bebas sebab selalu rasa ada orang mengawal kita, sebenarnya kita sendiri yang tak melapangkan fikiran kita. Kita tak meletakkan diri kita dekat dengan Allah kerana orang yg dekat dengan Allah ialah orang yang betul2 menjadi hamba hanya untuk Allah, bukannya hamba untuk hamba Allah.
3. Kalau kita rasa tak bahagia dengan apa yang kita miliki, kita tak gembira dengan keluarga kita, kita rasa tak puas dengan harta dan posisi yg kita miliki sekarang, itu tandanya hati kita kotor. Kotor dengan apa? Kotor dengan nafsu yang inginkan dunia melebihi akhirat kerana orang yang bahagia itu ialah orang yang sentiasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang dia miliki baik ketika susah mahupun.

Boleh kejar dunia tetapi biarlah ia kerana ingin kejar akhirat
Cara paling mudah untuk nilai diri kita ini tenang, bebas dan bahagia atau tidak, apabila kita bangun pagi setelah tidur malam yang panjang, kita rasa tak tenang. Bangun2 jek terus rasa nak marah, rasa nak berdendam dengan orang, rasa tak puas hati dan sebagainya. Kalau ada rasa macam tu, cuba untuk latih diri supaya bersyukur dengan apa sahaja yang Allah kurniakan dan sayangi diri sendiri. Appreciate your potential more is better than always appreciate others' potential.


Perbanyakkan juga berdoa kepada Allah. Biar Allah pulihkan hati kita, pelihara hati kita dari penyakit2 hati yang boleh merosakkan kita. Banyakkan aktiviti2 yang boleh mendekatkan kita lebih dengan pencipta kita dan juga pemegang hati kita. Hanya Allah sahaja yg boleh membolak-balikkan hati kita..Wallahualam

A.H.A

selamat beramal =)

2 comments:

  1. Salam. Mohon izin copy gambar. Thanks

    ReplyDelete
  2. Salam. Sy nk tye 1 soalan ni psl artikel. Pls emel sy boleh ? Nuryatee_7294@rocketmail.com

    ReplyDelete